Contoh Lagu Malam

Thursday, October 29, 2009

Terjumpa video ni jap tadi, awek mana ntah main. Yang penting kita nak tengok jari-jemari dia susun kord. Cuma kord G, dia pegang cara lain. Pada saya cara tu susah sikit untuk 'beginner'. Tak mengapa, anda guna saja cara pegang kord G yang saya perturunkan tu, lain hari saya ajar cara awek tu pegang kord G ye.

Mula Belajar Cord

Inilah masanya hujung jemari anda akan mula berbirat, tenggelam dan mungkin kematu. Pakailah apa-apa losyen yang sesuai. : )

Kita akan mula belajar memegang cord. 4 jari kiri anda akan digunakan untuk menekan not-not tertentu. Proses untuk menguasai kemahiran ini akan memakan masa berhari-hari. Sekiranya anda tak tahan, bolehlah gantikan tali-tali gitar anda dengan tali gitar elektrik. : )

Baik, lihat rajah-rajah di bawah dan tekan not-not yang dinyatakan.


Gambar ini menunjukkan Kord C (dikenali juga sebagai C major) dan Am (iaitu A minor).

J1= jari telunjuk kiri
J2= jari hantu
J3= jari manis
J4= jari kelingking

Contohnya untuk memegang kord C, anda susun 3 jari sebagaimana dalam rajah. Kemudian tekan ketiga-tiganya serentak, jangan lepas. Sambil itu, tangan kanan anda petik semua tali dari atas ke bawah. Begitulah bunyi kord C.



Ini pula cara memegang kord F (F major) dan G (G major).

Anda main 4 kord ini satu persatu, begitulah bunyi irama lagu 'Malam'. : )

Tuning Semua


Sekarang sila samakan bunyi tali-tali ini (dari atas ke bawah) mengikut warna.

Not biru tali 1 kena sama bunyinya dengan not biru tali 2.
Kemudian not pink/ purple tali dua kena sama dengan not pink/ purple tali 3.
Begitulah seterusnya sampai tali terbawah.

Apabila dah siap, gitar anda sedia untuk berkhidmat kepada anda sepenuhnya.


#AWAS, tali terbawah tu sensitif dan boleh putus. Oleh itu, tune/ pulas telinga gitar sikit-sikit. Sekiranya bunyinya tak sampai dan anda takut untuk memulas, biarkan dulu. Selang 2-3 jam pulas sikit. Lama-lama sampai le ke nada yang kita mahukan.

#Ketika anda dalam proses 'tuning' ni, orang memang boring tengok anda asyik 'ting' 'tong' 'ting tong'. Biasalah tu. : )

Belajar TUNING Sendiri

Assalamualaikum. : )

Masuk hari ke-4. Hari ni kita nak belajar salah satu cara 'tuning' yang mudah. Lihat gambar di bawah:


1. Tekan dan petik not C pada tali teratas. Rakam bunyinya dalam minda anda.

2. Tekan pula tali ke-2 pada bar ke-3 (tengok titik warna biru). Tekan dan petik untuk dengar bunyinya.

Sepatutnya- bunyi di tali kedua itu sama dengan bunyi not C tadi. Tugas anda sekarang ialah untuk menyamakan bunyinya dengan bunyi not C.

3. Pulas telinga anda ops telinga gitar anda yang bersangkutan dengan tali ke-2. Laraskan agar bunyinya sama dengan bunyi not C.

bersambung...

Tuning Gitar Sepenuhnya

Wednesday, October 28, 2009

Maaf, terlupa satu perkara. Bahagian ini yang memang rumit.

Gitar kita ada 6 tali. Kesemua tali itu mestilah di'tune'/ dilaraskan ketegangannya mengikut bunyi masing-masing. Jika ada walau 1 tali yang lari 'tune', bunyi yang terhasil pastinya sumbang.

Berdasarkan bunyi tali teratas (E) yang kita 'tune' sebelum ini, sepatutnya kita boleh 'tune' 5 tali di bawahnya. Untuk itu anda kenalah cari seseorang yang sudah boleh bermain gitar, minta dia tolong 'tune'.

Masalah 1- 'tune' gitar tak kekal. ia akan lari sedikit demi sedikit. Oleh itu, selang 2-3 hari ia kena 'tune' semula. Lebih-lebih lagi jika 6 telinganya tu ada terusik- tiap hari nak kena 'tune'.

Oleh itu saya akan ajarkan anda satu kaedah 'tuning' yang agak mudah nanti. Sabor ye. : )


Masalah 2- Tali paling bawah/ paling halus agak sensitif. Ia kecil, sedangkan ia kena diregang supaya tegang untuk mencapai tune standard. Jadi, dalam setahun mungkin 4-5 kali ia akan putus.

Jika anda menggunakan tali gitar elektrik, mungkin setahun 1-2 kali je putus. Memang seriau kalau nak tune tali terbawah ni. : )

Jadi kalau ada sesiapa yang pandai 'tuning' berhampiran anda, mintalah jasa baiknya. : )

Main Bass Lagu Malam

Tahniah, anda sudah sampai ke gear 3! : )


1. Mula-mula, buka lagu 'Malam' pada window lain (sebab lagu tu 'Embedding disabled by request').

2. Sila dengar 2 rangkap pertama lagu tu (liriknya dalam gambar di bawah). Lagu tu guna not C-A-F-G untuk dua rangkap pertama.

3. Bersedia dengan gitar di tangan. : )

4. Kita akan main ikut lagu tu. Anda akan tekan dan petik 'C-free-A-free-F-free-G-free' berulang-ulang.

Kat bawah ni ialah dua rangkap pertama lirik lagu Malam. Atas lirik tu ada not-notnya. Anda tekan dan petik not tepat dengan sukukatanya.
Contoh: Tekan dan petik C pada bunyi 'la' (malam). Tekan dan petik G pada bunyi 'de' (dengar).



5. Mainkan lagu Malam pada window browser yang lain. Kemudian anda ikut dengan gitar.



Yeaaaaa.... anda dah pandaiiii!

Lepas ni kita kan masuk ke bahagian yang lebih mencabar dan menyeronokkan! Tungggu....! : )

Ulangkaji Ringkas & Betulkan Tempo



Tekan & petik C-A-F-G

Latihan ini sudah anda lakukan sebelum ini.




Ini yang kita nak! Tekan dan petik C-Free-A-Free-F-Free-G-Free

Sila mantapkan skil anda dengan bermain mengikut audio ini. Tujuannya supaya tempo anda betul.

Alhamdulillah syukur. Sekarang kita nak masuk ke gear 3. : )

Tune Standard

Assalamualaikum. Haaaiiii! Tutorial kita dah masuk hari ke-3. Hari ini kita akan berkenalan dengan 'tune standard'.

Alata-alat muzik seperti gitar, piano, biola, keyboard dan lain-lain kena ikut satu tune standard. Jika tidak, bunti setiap alat muzik akan sumbang jika diadunkan bersama. Bagi gitar, setiap tali mestilah mengikut bunyinya yang standard. Jadi hari ini kita akan standardkan bunyi tali teratas (E) supaya kita boleh main bass untuk lagu 'Malam' (Kolej 57).

Apabila sesuatu lagu dimuatnaik ke intenet, tune standardnya kadang-kadang berubah mengikut kualiti fail. Saya telah selaraskan tali gitar buruk saya ni dengan tune lagu tersebut. Anda pun terpaksa berbuat demikian.

Langkah yang perlu anda lakukan mudah saja iaitu (penerangan je panjang, padahal benda nak buat ciput je):

1. Dengar audio ini. Itulah bunyi not A pada tali teratas berdasarkan lagu 'Malam'.






2. Dah dengar bunyinya kan? La ni anda tekan dan petik not A pada gitar mewah anda. Macam mana bunyi dia?

3. Anda kena samakan bunyi not A di gitar mewah anda dengan bunyi not A dalam audio tadi. Caranya- pusingkan telinga gitar yang talinya berkait dengan tali teratas (E) itu.

Gitar ada 6 telinga. Tengok le tali mana yang akan bergerak jika telinganya dipulas. (Bayangkan anda sedang memulas telinga kawan anda yang degil)

Sambil anda memulas telinga tu, tekan dan petiklah not A selalu, nak tengok bunyinya dah sama ke belum dengan bunyi not A dalam audio.

Jika bunyi not A anda rendah, pulas bagi tegang talinya.
Jika bunyi not A anda dah terlebih tinggi, kendurkan talinya.

Buat pelan-pelan, lama-lama dapat le tu.

Apabila bunyi not A gitar kita dah sama... tibalah masa untuk 'jamming' (berlatih le tu).

Belajar Petik Tali Free

Tuesday, October 27, 2009

Baik, kita buat ulangkaji sikit.

Mula-mula main irama pertama C A F G (tekan & petik satu not sekali sekali).

......................................

OK dah siap kan?

Untuk menyedapkan lagi perpindahan antara satu not ke satu not, kita sepatutnya memetik 'tali free'. Apa maksud tali free? Maksudnya kita hanya memetik dengan tangan kanan sementara tangan kiri tidak menekan apa-apa not.

Sekaran tekan & petik not C.
Dalam perjalanan jari kita hendak berpindah ke not A, kita PETIK (tangan kiri tak tekan apa-apa) tali E.
Selepas petik tali E, barulah jari anda tekan & petik not A.
Dari not A hendak pindah ke not F pun macam tu jugak, tekan tali E.
Begitulah seterusnya.

Main berulang-ulang. Anda akan dapati iramanya adalah lebih sedap secukup rasa berbanding sebelumnya.

Irama Pertama

Salam semua, masuk hari ke-2 tutorial. : )

Kita dah tau not-not utama pada tali teratas (E). Sekarang kita nak main irama pertama. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut:

1. Tekan & petik note C (bagi bunyi le, tekan sekali saja), kemudian...
2. Tekan note A
3. Tekan note F pulak
d. Tekan note G

Ulangi keempat-empat note beberapa kali, anda akan dengar satu irama yang menarik. Kemudian 'cuba try test' tekan dua kali dua kali untuk satu not.

Buat! Jangan tak buat! Kena dengar cakap tok guru! : )

Jangan marah aaa... : )

Lagu Paling Asas- "Malam" Kolej 56

Monday, October 26, 2009

Dah jumpa! Lagu ini lebih sesuai sebagai lagu asas. Tapi lagu 'Perhentian' Wings tetap akan kita latih jugak nanti. Anda boleh layan lagu ni untuk dapatkan iramanya.

http://www.youtube.com/watch?v=QmG5AY7sxSg

* Bayangkan anda sedang berada di tingkap bilik anda. : )

Note-note Tali E (teratas)


Haaa... sekarang kita nak tekan not-not di tali teratas iaitu tali..... tali apa?....Tali E! Pandaiii...! : )

Mula-mula anda tekan tali teratas pada bar nombor 1 (iaitu note F). Tekan dengan jari telunjuk/ hantu kiri agak kuat agar tali betul-betul kena pada lengan gitar. Kalau tak kuat, bunyinya sumbing n sumbang menyebabkan anda akan ditertawakan oleh rakan-rakan anda. DAN... ibu jari kanan memetik tali teratas.

Jika bunyinya sedap tu, maksudnya anda sudah jadi pemain gitar semi pro. : )

Baiklah. Seterusnya anda cuba pula tekan dan petik note G, A, B, C, D dan E. Dengarkan perbezaan bunyi-bunyinya. Semakin ke kanan, semakin tinggi bunyinya.

* Note B dan C memang duduk sebelah-menyebelah, tidak berselang.

Kenali Bar


Jumpa lagi! : )

Lengan gitar kita tu dibahagikan kepada bar-bar. Kita nak tekan tali kat bar-bar tu lah. Bar yang dekat dengan kepala gitar lebih besar daripada yang dekat dengan badan gitar. Setiap bar menghasilkan bunyi yang berbeza.

bersambung.... : )

* Betul ke tidak entah nama 'bar' ni, dah lama sangat tinggal, dah lupa dah nama part-part cik gitar ni. : )

Rajah Lengan Gitar


Cuba tuan-tuan tengok gambarajah ni. Rasa-rasa boleh faham tak? Klik la pada gambar tu. Kalau boleh bagus! Sebab kita akan baaaaanyak pakai gambarajah ni.

Ok, kita nak masuk gear dua dah ni! : )

Note Tali Bass

Gitar biasa punyai 6 tali. Tali yang di atas lebih tebal dan yang dibawah lebih halus- mengikut susunan. Lagi ke bawah laaagi halus. Lagi ke atas laaagi besar.

Tali paling atas ialah note E. Cuba petik tali tu dengan tangan kanan, tangan kiri jangan tekan apa-apa, pegang saja lengan gitar (jika anda pemain kidal macam Man Kidal, buatlah sebaliknya).

"Tengggggg..!"

Besar je bunyinya. Tu bunyi E.

Tali yang kedua dari atas ialah tali A. Cuba petik.

Bunyinya kecil/ lantang sikit daripada tali E.

Buat masa ini cukuplah kita tahu nama 2 tali ini. Jumpa lagi! : )

Lagu Asas

Salam, jumpa lagi.

Untuk belajar bermain gitar, kita kena ada lagu asas yang boleh kita gunakan untuk latihan. Saya teringat lagu 'Perhentian oleh kumpulan Wings. Lagu ni kord-kord dia mudah. Niat kita bukan nak rock, tapi nak ambil asas kemahiran saja. Selepas ini saya akan cuba cari lagu-lagu lain yang punya kord yang mudah-mudah untuk kita berlatih insyaallah.

Baik, anda dengarlah lagu ini beberapa kali. Selepas dah terakam iramanya lebih kurang dalam minda, tak perlu dengar pun tak pe dah. Lagu ni pun agak popular dulu dan mungkin anda sudah biasa mendengarnya, jadi tak payah dengar pun ok dah.

Pengenalan - Tali Gitar

Assalamualaikum wbt,

Untuk menjaga hujung-hujung jemari anda yang halus agar tidak kematu, saya sarankan semua tali gitar tong anda ditukarkan kepada tali gitar elektrik. Rasional- tali gitar elektrik lebih halus, lebih lembut dan lebih lentur. Jika tidak, hujung jari-jemari akan mudah terasa sakit dan tangan cepat lenguh. Hasilnya- masa latihan anda berkurangan dan anda lambat pandai. Badan gitar pun akan cepat meleding ke dalam kerana tali gitar tong akan menarik badan gitar.

Masalahnya, tali gitar elektrik mahal sikitlah berbanding tali gitar tong, tapi bukan mahal sangat. Boleh didapati di kedai-kedai alatan muzik ataupun studio-studio latihan berhampiran tempat anda. Cakap je, "Bagi tali gitar elektrik satu set." Penjual tahu apa yang anda maksudkan, tapi anda pun kenalah bagi duit kat dia. : )

"Buat masa ni saya belum dapat lagi la nak cari tali gitar elektrik..."

Tak mengapa, pelajaran 'basic' boleh dikuasai tanpa perlu menukar tali. Dah agak mahir nanti barulah perlu kerana anda akan banyak memegang 'cord' ketika memainkan lagu. Tapi sekiranya tangan dan jemari anda kuat, dan anda tak kisah kalau kematu, tak ada masalah. Belasah saja! : )

Alhamdulillah syukur, pelajaran kita bersambung ke 'posting' seterusnya. Jumpa lagi! : )

 
Asas Bermain Gitar - by Templates para novo blogger